Tidak jumpa apa yang dicari? Cuba Google Search
Google
 

Saturday, December 22, 2007

Pepes Udang


Bahan-bahannya:

Bahan dihiris nipis:
150 gm udang
2 biji tomato
2 helai daun kunyit
Daun pisang

Bahan kisar:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji buah keras
10 biji cili padi
1 sudu teh ketumbar
Garam dan gula secukupnya

Cara Membuatnya:

1. Bersihkan udang dan buang kepala serta kulit. Lumur dengan kunyit dan garam.
2. Gaulkan bahan kisar dengan tomato dan daun kunyit. Setelah itu campur udang dan gaul sebati.
3. Ambil daun pisang, masukkan adunan tadi. Bungkus dan bakar pada api sederhana.

Nasi Nanas

Bahan-bahannya:

3 tin susu beras siam
3 tin air rebusan ayam
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm kulit kayu manis
2 kuntum cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 keping dada ayam
1 cawan nanas -dicincang kecil
2 sudu besar mentega
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa


Cara Membuatnya:

1. Basuh beras dan tuskan.
2. Panaskan periuk dan masukkan mentega. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris wangi.
3. Masukkan pula rempah-rempah. Biar wangi baru masukkan isi ayam dan air rebusan ayam. Bila menggelegak, masukkan beras bersama garam, daun pandan dan nanas. Masak hingga nasi kering.

Tuesday, December 18, 2007

Kailan Ikan Masin

Bahan-bahannya:

600 gm kalian
5 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih -dimayang
Sepotong isi ikan kurau masin -ditumbuk
3 sudu besar sos tiram
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis


Cara membuatnya:

1. Potong kalian mengikut cita rasa dan bersihkan.
2. Panaskan dua sudu besar minyak dan tumis bawang hingga garing.
3. Masukkan cili kering dan masak hingga garing, kemudian masukkan isi ikan kurau.
4. Akhir sekali masukkan sayur kalian serta sos tiram, sesuaikan rasa dan biarkan hingga masak.
5. Hidangkan panas-panas.

Ikan Masak Asam Pedas

Bahan-bahannya:

2 keping ikan tenggiri
10 biji cili merah
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
2 batang serai
2 potong nanas -dipotong kecil
Air asam jawa
Garam/kunyit secukupnya


Cara Membuatnya:

1. Bersihkan ikan dan perap lima minit dengan air asam jawa.
2. Kisar halus cili merah, bawang merah, bawang putih dan halia. Titik serai.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan serai, ikan, air asam jawa dan dua cawan air.
4. Biar mendidih baru masukkan nanas, garam dan kunyit. Setelah pekat bolehlah diangkat.
5. Hidangkan panas-panas.

Siakap Masam Manis

Bahan-bahannya:

Seekor ikan siakap
-dibersihkan dan lumur kunyit serta garam. Goreng garing.

Bahan sos:
3 ulas bawang putih -dimayang
1 cm halia -dihiris
1/2 botol sos tomato
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah -dipotong nipis
Garam dan gula secukupnya

Cara Membuatnya:


1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia. Bila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
2. Setelah kuah pekat, tuang ke atas ikan siakap goreng tadi. Hias dan hidangkan.
3. Hidangkan bersama nasi putih bersama lauk lain.


Sunday, December 16, 2007

Nasi Dal



Bahan-bahannya:

150 gm bawang merah -dikupas
100 gm bawang putih -dikupas
50 gm halia muda
10 gm bunga cengkih
10 gm bunga lawang
10 gm kulit kayu manis
5 gm buah pelaga
200 gm kacang dal
10 gm serbuk kunyit
5 gm garam
200 gm susu Carnation
600 gm beras basmati
200 gm minyak sapi
10 gm pasli cina
650 mi air


Cara membuatnya:

1. Basuh dan rebus dal hingga empuk. Tuskan airnya.
2. Basuh beras basmati dan tuskan.
3. Panaskan minyak sapi dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris wangi.
4. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
5. Masukkan pula air dan biarkan mendidih baru masukkan beras dan dal.
6. Campurkan susu, pasli cina dan garam.
7. Tutup periuk dan perlahankan api. Masak hingga kering dan hidangkan.

Puyuh Berlada

Bahan-bahannya:

2 ekor burung puyuh –dibelah dua

Bahan A:dikisar
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 cm halia
1 batang serai
1 ranting daun kari
100 gm cili merah

Bahan B:dibancuh 1/4 cawan air
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Serbuk perasa dan garam secukupnya
Minyak untuk menumis


Cara membuatnya:

1. Bersihkan burung puyuh, gaulkan dengan garam serta kunyit secukup rasa kemudian goreng.
2. Panaskan dua sudu besar minyak dan tumis bahan A hingga naik baunya. Kemudian masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk kunyit dan tumiskan hingga pecah minyak.
3. Masukkan gula dan sesuaikan rasa dengan garam serta serbuk perasa. Masukkan burung puyuh dan gaul hingga mesra. Angkat dan hidangkan.


Saturday, December 15, 2007

Daging Hitam Manis


Bahan-bahannya:

Bahan dimayang
1/2 kg daging dihiris
3 cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

3 biji cili merah
3 biji cili hijau – dibelah dua
2 labu bawang besar
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
3 sudu besar sos pranom Thai
2 sudu besar gula Melaka
Serbuk perasa
Minyak untuk menumis secukupnya

Cara membuatnya:

1. Bersihkan daging dan tuskan.
2. Panaskan sesudu besar minyak dan tumis halia, bawang putih dan bawang merah hingga naik baunya.
3. Masukkan kicap manis dan kicap pekat(dicampurkan kedua-duanya dengan 1/2 cawan air) dan biarkan di atas api sederhana hingga mendidih.
4. Masukkan daging dan sos pranom Thai, gula Melaka dan sesuaikan rasa. Biarkan di atas api sederhana hingga daging masak.
5. Masukkan cili merah, cili hijau dan bawang besar. Biarkan seketika, angkat dan hidangkan.

Utama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat datang ke blog resepi masakan. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melawat blog ini. Apa yang ada di blog ini? Di sini anda boleh mendapatkan resepi masakan yang sentiasa ditambah dari semasa ke semasa yang boleh anda pelajari dan mencubanya.

Anda juga boleh berkongsi resepi anda di dalam blog ini. Anda pasti tahu bahawa 3 perkara yang tidak akan putus setelah kita meninggal dunia ialah ilmu yang baik, doa anak yang soleh dan sedekah amal jariah. Jadi marilah kita berkongsi ilmu yang baik dengan berkongsi resepi masakan di sini dimana kita akan mandapat pahala selagi orang lain memasak resepi yang kita ajar walaupun kita sudah meninggal dunia.

Bagaimana saya nak berkongsi resepi? Mudah sahaja. Anda cuma perlu menghantar butiran resepi kepada saya melalui email resepi.masakan@gmail.com. Sila sertakan nama anda, gambar resepi (jika ada), tajuk, bahan-bahan dan cara membuatnya. Saya akan menyiarkan resepi anda di dalam blog ini untuk tatapan pengunjung blog ini.